Thursday, February 26, 2009

medium yang saya gunakan..

ok, untuk keluaran keluaran kali ni saya nak kongsi medium yang saya biasanya gunakan dalam karya saya.. saya selalunya menggunakan soft pastel..boleh tengok gambar kat bawah ni... saya pakai soft pastel jenama Mungyo.. masa sekolah dulu, cikgu yang mengajar subjek seni membelikannya untuk saya.. time tu la pertama kali saya cuba soft pastel... dekat sini tak ada keperluan barangan seni macam ni... selalunya saya dapatkan di Pulau Pinang..., melalui teman istimewa saya.. dekat sana mudah nak dapati art supplies...



ini la barang-barang yang menyerabutkan kawasan bilik saya.... kalau anda perhatikan kat dalam gambar ni.., ada soft pastel, pensil pastel, fixative dan hair spray dan segala mak nenek untuk saya melukis....



ini pulak close up soft pastel saya... soft pastel ni macam kapur, berbentuk bar dan sangat sensitif sifatnya.. maksud saya sensitif tu, warna yang paling mudah nak blend... mula-mula guna warna ni memang susah.., oleh sebab sifatnya yang sangat sensitif tu, kadang-kadang boleh jadi hilang sabar.. hehehe.. tapi kalau dah berani mencubanya tanpa jemu..., sebenarnya best guna soft pastel ni..... betul.. tak caya? try la... saya teringin jugak nak mencuba pastel yang berjenama rembrandt... saya difahamkan pastel tu berkualiti dan sangat best.. tapi...., belum mampu lagi nak memilikinya.. insya Allah.. satu hari nanti saya akan usaha untuk mendapatkannya..!




ok, gambar ni close up untuk pensil pastel saya... berjenama Derwent... yang ni pun mahal jugak... tapi yang ni saya tak beli..... saya hanya mampu beli sebatang dua ja... nak beli banyak-banyak macam ni saya tak mampu... pensil pastel ni sebenarnya dihadiahkan oleh teman istimewa saya... my lovely person...! hehehe.. terima kasih sebab hadiahkan pensil pastel ni ya.... kalau tak ada pensil pastel ni.., memang susah nak detailkan sesuatu bahagian dalam satu-satu lukisan tu.. yela... macam mana nak lukis sehelai rambut, atau benda-benda yang kecik kemetot pakai bar pastel yang besar-besar? so.. pakai pensil pastel ni langkah terbaik untuk mendetailkan lukisan supaya nampak lebih realistik....



saya pernah berangan-angan untuk memiliki sebuah studio sendiri... tempat untuk 'berkubang' bak kata Latif Maulan... hehehe.. bilik tidur lah tempat saya menghabiskan masa sebagai studio tempat saya melukis...



saya suka cita nak kongsi dengan anda semua kata-kata daripada Azman Yusof.., seorang pelukis yang sangat saya minati... kata-kata ni sebagai peransang dan motivasi untuk saya...

"Melukis ni nak rajin. Rajin sgt2. Kemudian tekun. Tekun sangat2. Tapi rajin dan Tekun belum cukup lagi kalau tak ada Sabar sangat2. Hyper Sabar. No one night stand...sori silap No one night sucess."

saya akan ingat ni sampai bila-bila....!

ok.., bercakap tentang next artwork saya lepas ni... saya plan untuk buat painting bersiri... Insya Allah... sekarang dalam proses pembikinan dan buat researching... nantikannya dalam post yang akan datang.......... sama-sama kita berusaha untuk mencapai kejayaan.., tak kira apa jua bidang yang kita ceburi.... ok..

salam seni..., salam ukhwah....., (",)

Thursday, February 19, 2009

FREE PALESTINE....

SOLD

(click to enlarge..)


Please take your time to watch this video... please listen to this little Palestinian said.. please all of us, pray for them... they deserve to live peaceful..



Alhamdulillah... akhirnya siap juga artwork ni.... tribute to palestine.... artwork ni menggunakan medium soft pastel sepenuhnya... soft pastel yang saya gunakan berjenama Mungyo je... dan jugak pensil pastel jenama Derwent.. nak beli yang mahal-mahal belum mampu lagi... apa pun karya ni mempunyai mesej yang sangat jelas... memilih tema "Free Palestine" sebagai tajuk dan mesej pada artwork ni...


saya meletakkan imej seorang gadis yang berpurdah sebagai subjek utama... saya terpaku lantaran melihat matanya seolah-olah membicarakan sesuatu.. matanya seolah menceritakan kisah yang berlaku di Palestine... kain tudung yang dipakainya itu merupakan identiti Palestin sendiri... seterusnya... saya sengaja meletak tangan yang tersarung ayat "free palestine" supaya viewer dapat melihat sendiri harapan dan keinginan gadis tersebut yang sangat berharap agar Palestine dapat bebas daripada cengkaman rejim zionis yang sangat kejam... sambil merenung kepada viewer, imej tersebut memberi harapan agar kita sama-sama berfikir dan merenung sedalam-dalamnya kisah yang berlaku kepada saudara kita di Gaza...

seterusnya... saya meletak bendera Palestine.... ini memeri gambaran jelas bahawa bendera itu patut berkibar dengan gah.. Palestine berhak mengecapi hidup yang kita sama-sama rasai sekarang ini...

saya juga turut meletakkan tulisan kaligrafi Arab yang bermaksud, 'bebaskan Palestin'... tulisan khat kaligrafi Palestin itu berbentuk seakan-akan imej seekor burung.. yang jelas membawa maksud kebebasan.... ini cukup bersesuaian dengan tema 'bebaskan Palestin'.... diharapkan kepada viewers semua dapat mengambil iktibar daripada karya ini...

BEBASKAN PALESTIN..!!!!

Wednesday, February 18, 2009

huhu... masih lg dlm progress...



saiznya painting agak besar.. alamak... baru saya prasan.. mata dia ritu senget, kecik sebelah... he he he.. mujurlah prasan... skrg dlm proses membaiki kesilapan... masih lagi belum detail sepenuhnye... memang agak leceh sikit dan memakan masa... nantikan...........................

Monday, February 16, 2009

new... in progress....

Sunday, February 15, 2009

close up...