Tuesday, October 22, 2013

MALU NAK TULIS POST DI FB???




Alhamdulillah, semenjak saya mula menulis post, saya sangat gembira dan terasa mudah sekali nak menulis. Jika sebelum ni  saya rasa susah sangat, banyak kekangan untuk share dengan orang lain walaupun hanya di FB. Sebenarnya saya lah yang mencipta kekangan itu!

Saya menghalang diri saya menulis post sebab saya ada ‘fear’ grammar saya salah. Terlalu mengejar BMT la katakan. Sehingga saya langsung tak menulis post. Yang saya mampu adalah share sahaja post orang lain tanpa menulis sepatah pun. Kalau ada pun hanya smiley.

Sehinggalah pada suatu ketika, saya mula perlahan-lahan gagahkan juga menulis beberapa pengalaman lampau saya dalam Microsoft Word. Tapi saya masih tak post juga. Masih ada lagi ‘fear’ ni sampai fikir yang bukan-bukan. Akan tetapi, saya telah membulatkan tekad, esok paginya, apa pun terjadi, saya tetap nak post, saya dah tak fikir orang dah. Saya dah tak fikir grammar salah atau ayat saya ni tunggang tebalik dah masa tu.. Biaqlah… Yang saya pasti ialah, saya perlu share ilmu ini dengan semua orang! Jadi kenapa saya kena kisah jika ayat saya tunggang tebalik? Yang penting ilmu ni sampai dan orang faham apa yang nak disampaikan. Itulah permulaan saya mula menulis post di FB ni.

Saya tahu, bukan saya sahaja yang mengalami ‘fear’ yang macam ni. Saya menerima beberapa PM di page tentang isu MALU nak tulis post. Jadi, perkongsian saya ini adalah untuk anda yang mempunyai ‘fear’ seperti saya yang malu nak tulis kat FB.!

Kalau anda sendiri yang membina tembok halangan untuk perkara kecil macam ni, jangan mimpilah nak buat perkara yang lebih besar lagi!


How you do everything is how you do anything!

Post a Comment