Tuesday, September 8, 2009

Andai Ini Ramadhan Terakhirku




andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kalinya
sekujur jasad tubuhku ini pasti bakal berlalu pergi

tatkala usia bernoktah
di penghujung kehidupan duniawi

pabila tiba saat tepat
seperti yang dijanji Ilahi

kematian...adalah sesuatu yang pasti


andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu
tentunya aku sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air

tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu

mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu



andai aku tahu ini Ramadhan terakhir

tentu solatku akan aku kerjakan di awal waktu
solat yang sempurna...sungguh khusyuk lagi tawadhu'

tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]



andai aku tahu ini Ramadhan terakhir

tentu aku tidak akan persiakan
walau sesaat yang berlalu

setiap masa yang berlalu aku tak akan sia-siakan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakalku dendang...

bakalku syairkan penuh keikhlasan dan ketaqwaan



andai aku tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malamku bakal ku sibukkan dengan pesta-pesta

tarawih...qiamullail...tahajjud...

mengadu...merintih...meminta belas kasih-Mu

"Wahai Tuhanku, seseungguhnya aku tak layak untuk ke Syurga-Mu,
Namun, tak pula aku sanggup untuk ke neraka-Mu,

Ampunilah dosa-dosaku terimalah taubatku,
Seseungguhnya EngkaulahPengampun dosa-dosa besar.."


andai aku tahu ini Ramadhan terakhir

tentu aku akan singkap tabir malamku
untuk memburu suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan



andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu aku bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...
lorong-lorong redha Ar-Rahman
duhai Ilahi...


andai ini Ramadhan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...
paling berseri...

menerangi kegelapan hati-hati kami

menyuluhi diri ke jalan menuju redha
serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti



NAMUN....

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

apatah aku..., juga kamu...

samada Ramadhan ini benar-benar merupakan yang terakhir kalinya
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu

berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini adalah Ramadhan terakhir buat kita ...
renung-renungkanlah...



Salam Ramadhan..






Thursday, July 30, 2009

video pastel

salam and hello to all readers... Lately, i'm not in the pink of health.. so, i'll be 'quiet' for a while.. take some rest and treatment.. i'll be back to continue my works...!

i would like to share this video., pastel painting by Julio Puentes, one of my favourite artist. i've learned most of his video painting. check this out how did he done this portrait beautifully..




for more artworks from Julio Puentes, you can visit his website at here

Monday, June 29, 2009

portrait

new portrait painting





pastel on A3 paper

Sunday, June 28, 2009

lukis..




Last night, saya tak boleh tidur... so, i've spent a night watching drawing online tutorial kat youtube.. tiba-tiba rasa macam nak lukis sesuatu.. so, i took my pencils and start sketching... lama tak pakai pensil, so, start back... just a simple drawing... malas nak details.. drawing ni disiapkan dlm jangka masa yang singkat memandangkan mata ni dah mula terasa berat sangat...

Thursday, June 25, 2009

play around with charcoal..



salam.. this is my second attempt with charcoal.. soft charcoal.. its very hard to control.. quite messy..

Friday, June 19, 2009

step by step painting..

salamun a'laik semua.. entry kali ni saya nak share sikit step by step painting adik Aisyah ni..


mula2 skali.. dapat gambar.., pastu lakarkan.. maaf, masa proses lakaran tu terlupa nak snap.. so, kita langkau ke episod mewarna.. lakaran saya masih menggunakan penskalaan.. pakai grid sketching supaya dia tak lari.. dlm erti kata yg lain dapat capture kedudukan mata, hidung, mulut semua betul dan tepat.. (kdg2 sy ni x tepat sgt) sbb tu pakai grid.. grid line ni penting masa proses lakaran.. kalau main bedal ja, memang confirm senget.. tapi bagi orang yang dah professional.. dorang dah x pakai grid2 ni dh...





ok, pas lakar tu.. start la letak warna base dulu.. tapi sebelum tu disyorkan untuk mewarnakan background dia terlebih dahulu... saya pakai soft pastel.. jenama tu terpulang kepada anda.. kalau mampu beli yang mahal, terpulang la.. tak mampu pn xpa... beli yg murah2 pun dh ok.. warna base ni saya main conteng je.. masa letak ni.. make sure catch lighting dan shadow dengan betul.. dalam sesebuah karya, kita kena betul2 faham lighting dengan shadow ni.. kena kenal pasti mana arah cahaya.. supaya shading kita tak berterabur.. nak faham mana arah cahaya senang ja.. yg cerah2 tu adalah arah cahaya.. yang gelap tu shadow dia.. arah cahaya tak semestinya dtg dari satu arah ja.. tapi its ok.. kang kalo cerita bab cahaya ni kena bukak lagi satu topik pulak..
masa letak warna base ni saya biasanya letak warna yang agak middle.. yang tak terlalu gelap, dan tak cerah... supaya nanti bila shading tone dia akan wujud lighting yang berkesan..


kemudian... blendkan warna tersebut... dia akan jadi macam ni... owh, sebelum terlupa.. warna soft pastel ni memerlukan kertas jenis yang permukaan dia kasar.. bukan licin.. sebab dia ni macam kapur, ada pigment yg sgt halus.. kalau kertas licin dia tak lekat.. make sure pakai kertas kasar2.. macam sugar paper ke.. nak mahal sikit jenis soft pastel paper... memang mahal harganya tapi berbaloi.. hasilnya.. chantekk...! pas blend tu, jangan la takut atau risau kalau dia comot.. memang pakai kaler ni nak comot2 sikit... kita kemaskan masa last touch up nanti.. warna pastel ni sangat mudah terblend... so, dinasihatkan lepas blend warna pada muka tu, tangan yg comot tu lap la dengan kain... nanti bila kita blend bahagian lain, warna tu tak melekat dan mengganggu warna pada bahagian lain.. sediakan la satu kain buruk untuk mengelap..




seterusnya... dengan menggunakan warna yang agak gelap.., saya warnakan pada part2 yang agak gelap dan terlindung dr arah cahaya.. jgn pakai warna hitam.. sebab warna tu kuat sangat, terlalu kontra... biarlah kita punya shading tu ada 'irama' nya... maknanya tak terlalu kontra... lepas tu, lakarlah sikit mata, hidung, bibir dia..jangan gelapkan sangat... guna warna yang agak middle... masa proses pen'detail'an nanti baru kita telitikan part2 yang halus tu... pastu letak sikit warna yang agak cerah.. tp bukan warna putih.. warna macam cream2 tu.. , cntoh boleh dilihat pada tudung.., pd pipi, hidung.. arah2 yg kena cahaya tu la.. ini la time kita nak kenal pasti arah cahaya tu betul2...
ok, kemudian.. lepas blendkan dia... kita akan nampak warna mcm ni... masa blend tu, kawal2 la tangan n jari tu... arah mana nak blend.. kalo blend semua nanti hancus la.. ingat, warna ni sangat sensitif dan senang terblend.. so, hati2 masa blend tu.. kalau terblend, jangan putus asa untuk fix semula... sabar.. itu kunci kejayaan... selepas itu, letak warna yang agak dark.. bukan hitam.. err... saya pakai warna "burnt umber".. kaler sikit kat bahagian anak mata tu.. dan bahagian tudung dalam tu.. pastu dekat lubang hidungnya... pakai warna dark chocolate pada bahagian tudung yang terlipat tu, calit2kan sikit.. kalo nak senang, pakai la soft pastel pensil.. mudah diasah dan senang nak kawal masa nak warnakan bahagian yang agak halus tu.. teruskan fix mana2 yang tak kena... sabar.. belum siap lagi...


setelah itu.. kita masuk bahagian proses pen'detail'an... detailkan pada part2 tertentu.. masa ni pakai warna hitam masa detailkan.. masa detail2 ni.., pastikan spray dulu dengan penyembur khas soft pastel... pakai fixative.. kalau x ada.. pakai hair spray.. tak kisah la jenis apa pn hair spray tu.. saya pakai fixative jenis 'rowney-daley'.. spray ni bertujuan nak bagi pigment2 warna tu melekat pada kertas... sebab apa kena spray sebelum detail? pada saya.., pendapat saya ( terpulang la kepada cara anda) sebabnya, bila kita detail, kita tak nak warna2 tu terblend... mudah untuk fix... kalau ayik terblend ja.. kan susah namanya tu? tapi bg org yang pro2.. dorang sembur masa last, masa dh habis..


pastu..... ada lagi... rajin2kan la detailkan lg, perincikan lagi pada bahagian tudung.. bunga2 tepi2 tu.. ada batu2 permata pd tudung tu pakai la warna putih... keronsang dia tu pn detailkan... apa salahnya kan kalau kita cntikkan lagi bibir dia dengan sedikit warna pink.. he he he.. pakaikan lipstik.. dan letak sikit warna putih untuk lighting dia.. memberi kesan bibir yg juicy..



yeaayyy..! dah siap... he he he.. touch up sikit dengan pemerah pipi.. yang cntik, kita cantikkan lgi... ye x? background tu terpulang la... fix kan la mana2 yang perlu didetailkan.. pastu spray la dengan fixative.. sedia untuk dibingkaikan..! sabar itu kunci kejayaan... sekian saja dari saya... saya pun masih banyak kekurangan lagi... tp sekadar berkongsi apa yang saya tahu... ilmu ni kalau dikongsi, makin banyak la yg kita dapat... so, kepada kawan2 selamat mencuba....! ada apa2 pertanyaan boleh la postkan komentar2 anda...! harap entry kali ni dapat memberi sedikit ilmu untuk anda..... salam seni..., seni untuk semua..!

gatal tangan




oleh sebab orang yang menempah potret ni tak datang menuntut lukisan ni... maka saya dengan rajinnya menggatalkan tangan ni mengadjust sesuka hati... penambahbaikan pada lukisan ni amat penting supaya sesebuah karya tu lebih baik daripada yang sebelumnya.. sementara tangan ni tengah rajin.. maka saya mekapkan Aisyah ni dengan sedikit lipstik dan pemerah pipi..he he he.. ala.. calit sikit, manja2 gitu.. nak mekap lebih2 karang tak sama pulak dengan orangnya.. kemudian mendetailkan tudung dan backgroundnya..

harap lebih baik dari yang sebelumnya.. saiz lukisan adalah saiz A3.. kepada sesiapa yang mungkin berminat untuk mempotretkan wajah anda dalam sebuah lukisan ni, sila2 lah contact saya di alamat e-mail yang tertera di side kanan ni...

sebarang pertanyaan dan komen serta kritikan boleh dimuatkan dalam ruangan comment kat bawah ni ya..

salam seni dari saya.. seni untuk semua..!