Tuesday, October 22, 2013

MALU NAK TULIS POST DI FB???




Alhamdulillah, semenjak saya mula menulis post, saya sangat gembira dan terasa mudah sekali nak menulis. Jika sebelum ni  saya rasa susah sangat, banyak kekangan untuk share dengan orang lain walaupun hanya di FB. Sebenarnya saya lah yang mencipta kekangan itu!

Saya menghalang diri saya menulis post sebab saya ada ‘fear’ grammar saya salah. Terlalu mengejar BMT la katakan. Sehingga saya langsung tak menulis post. Yang saya mampu adalah share sahaja post orang lain tanpa menulis sepatah pun. Kalau ada pun hanya smiley.

Sehinggalah pada suatu ketika, saya mula perlahan-lahan gagahkan juga menulis beberapa pengalaman lampau saya dalam Microsoft Word. Tapi saya masih tak post juga. Masih ada lagi ‘fear’ ni sampai fikir yang bukan-bukan. Akan tetapi, saya telah membulatkan tekad, esok paginya, apa pun terjadi, saya tetap nak post, saya dah tak fikir orang dah. Saya dah tak fikir grammar salah atau ayat saya ni tunggang tebalik dah masa tu.. Biaqlah… Yang saya pasti ialah, saya perlu share ilmu ini dengan semua orang! Jadi kenapa saya kena kisah jika ayat saya tunggang tebalik? Yang penting ilmu ni sampai dan orang faham apa yang nak disampaikan. Itulah permulaan saya mula menulis post di FB ni.

Saya tahu, bukan saya sahaja yang mengalami ‘fear’ yang macam ni. Saya menerima beberapa PM di page tentang isu MALU nak tulis post. Jadi, perkongsian saya ini adalah untuk anda yang mempunyai ‘fear’ seperti saya yang malu nak tulis kat FB.!

Kalau anda sendiri yang membina tembok halangan untuk perkara kecil macam ni, jangan mimpilah nak buat perkara yang lebih besar lagi!


How you do everything is how you do anything!

Tuesday, October 15, 2013

PERKONGSIAN BERSAMA TUAN JUNAIDY DAN PUAN ANIS DI JITRA, 14/10/13.



14 hb yang lalu, kami bertemu dengan Tuan Junaidy Abu Bakar dan Puan Anis Cmc di Jitra, Kedah. Perjumpaan yang seketika itu sangat padat dengan ilmu. jadi, kami mahu berkongsi dengan anda apa yang telah kami pelajari di sana. 

1) Penting NILAI dalam bisnes itu, bukan kerana produk semata. Dalam perniagaan kek Anis ni, tujuan utama adalah untuk membantu lebih ramai orang berbisnes dan memberikan nilai pada kek tersebut. Itulah rahsianya kenapa kek love Anis ni lain macam dan luar biasa. Bukan pakai ‘tangkal’ atau jampi serapah apa, tapi nilai yang dibawa daripada pembuatnya, pengedarnya, sehinggalah orang yang memakannya. Situlah terletaknya NILAI yang sangat istimewa dengan kek jantung ni. 

2) REZEKI. Rezeki Allah itu sangat besar dan meliputi pelbagai aspek. Janganlah kita merungut dan berfikiran sempit bila mana Allah datangkan rezeki dalam bentuk ujian dan musibah. Contohnya kalau kita tiba-tiba kereta rosak, bukanlah penyebabnya orang yang bawak kereta itu, tapi sebab Allah datangkan itu adalah daripada diri kita. Internal factor. Mungkin ada dekat mana-mana yang Allah nak ‘bersih’kan sumber rezeki kita tu. Sebab itulah, kita kena selalu positif, bersangka baik dengan Allah. Husnuzon. Insya Allah, tak lama lagi ada nikmat besar Allah akan turunkan pada kita setelah didatangkan musibah itu.  =)

3) RELATIONSHIP kita kena jaga. Kalau rezeki kita nak melimpah-limpah, maka jagalah relationship kita sesama manusia juga. Hablumminallah dan hablumminannas. Hubungan dengan Allah, dan hubungan dengan manusia. Percayalah, jika salah satu relationship ni kita tak jaga, maka tak balance lah hidup kita. Maka sebab itu, bila kita bina relationship yang baik dengan orang, positiflah dengan mereka. Bila kita positif dan bersangka baik, maka hubungan itu akan jadi yang baik-baik dan kita hanya kenal dengan orang yang baik-baik. 

4) THE POWER OF CONTRIBUTION. Penting sangat untuk kita bersedekah. Itulah rahsia utama menjemput rezeki ni. Apabila kita bersedekah, niat kerana Allah, bukan niat kerana mengharapkan ganjaran-Nya. Sedekah ni umpama membersihkan sistem pengaliran dan takungan air kita. Kalau kita tak bersedekah, sumber yang masuk tu tidak mengalir, jadi takungan tu akan menjadi kotor. Sebab tu dengan bersedekah, kita memudahkan rezeki masuk, bila air tidak bertakung, lebih banyak air akan masuk dan mengalir dengan deras sebab kita dah ada paip dan saluran sedekah tadi keluar.  Jadi air akan bersih. Rezeki kita mudah nak masuk dengan lebih banyak. Wajibkan diri sendiri untuk bersedekah setiap hari. Lama-lama akan jadi tabiat bila kita dah biasa. 

5) THE POWER OF APPRECIATION.  Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa menghargai setiap perkara walau sekecil-kecil perkara. Kalau dapat rezeki yang sikit pun, dia bersyukur dan apatah lagi rezeki yang besar. Kita kena appreciate orang di sekeliling kita. Kita kena appreciate guru-guru dn mentor kita. Cuba bayangkan, beratus-ratus orang student ni pi belajar menuntut ilmu dengan seorang guru. Tapi, dengan siapalahh agaknya guru tu akan selalu ingat? Tentulah murid yang sangat menghargai dirinya. Ramai orang tak appreciate guru-guru mereka. Macam mana nak mendapat keberkatan yang lebih dalam menuntut ilmu jika kita tidak menghargai guru-guru kita kan? 

6) TARGET. Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa ada target dan matlamat yang sangat jelas. Setiap hari bangun pagi, mereka dah tau dah apa yang nak kena buat dan apa target dia haritu. Setiap hari kita perlu ada target yang jelas. Target itu pula perlulah logik. Kalau sekarang sales kek berjalan 100 bekas seminggu, cuba upgrade kan lagi minggu depan, 300 bekas pulak, lepas tu pasti target kita akan meningkat dari masa ke masa. Bila kita dah ada target, hari-hari kena sebut. Yang kita sebut kan doa. Then, lagi cantik jika kita tulis target kita tu lekatkan  dekat chiller. Bila orang lain yang tengok, mereka juga pasti akan turut mendoakan juga. Hari-hari kita dok tengok target tu, mesti kita akan rasa termotivasi nak usaha dengan lebih banyak lagi kan?

7) THE POWER OF REJECTION. Janganlah cepat putus asa bila kita kena reject. Bersangka baiklah dengan orang. Orang yang dah biasa kena reject, dia akan meningkatkan sistem ‘kekebalan’ diri dia, dari situlah nanti bila dia dah biasa ‘imun’ dengan rejection, dia akan lebih kuat dan berpengalaman. Rejection ini adalah salah satu daripada perisai kita. Sebab tu jangan negatif. Allah uji degan rejection ni supaya kita dapat tingkatkan perisai dan saring mazmumah kita. Bila dah lepasi level rejection ni, barulah kita akan mudah nak handle perkara yang lebih besar lagi. jadi, pada rakan-rakan pengedar kek jantung sekalian, janganlah kita kecewa tau. Pandang dari sudut yang positif. 

8) MENUNTUT ILMU.  orang yang berjaya ialah orang yang cintakan ilmu dan sentiasa nak upgrade hidupnya dengan menuntut ilmu. Dengan ilmulah yang membezakan cara hidup kita sekarang. Dengan ilmu jugalah yang membezakan seorang yang berjaya dan tidak. Dengan ilmulah yang akan meningkatkan life kita. Sebab itu, banyakkanlah menuntut ilmu.

9) POSITIF. Orang yang positif hanya akan menarik lebih banyak perkara positif dalam hidupnya. Orang yang positif akan berkawan dengan orang-orang yang positif juga. Tukar kawan kita, itulah yang akan menentukan siapa kita. Cuba tengok orang-orang yang berjaya, siapa kawan mereka? Positif dengan orang, dan orang akan postif dengan kita. Diri kita ni ialah magnet, sama ada kita nak tarik benda-benda yang positif atau negatif, itu semua terletak pada diri kita sendiri. Kalau kita bersangka buruk, maka buruklah jadinya. Sebab minda kita ni adalah magnet. Kita menarik segala perkara tu dengan fikiran kita. Positif lah selalu. =)

10) EMOSI. Orang yang berjaya ialah orang yang mempunyai emosi yang kuat dalam usahanya. Mereka ialah orang yang pandai control emosinya. dengan emosilah kita ‘mengikat’ hati kita, dengan emosi jugalah kita ‘mengikat’ kejayaan dalam setiap usaha kita. sebab itulah kek love ni bukan sekadar kek, tapi dengan nilai emosi itulah love ni sampai kepada semua orang dengan penuh kasih sayang, kan? Patut lah kek ni lain macam betul….! <3 font="" nbsp="">

PS : Pesan Pn Anis pada saya untuk mula buat blog. Ok, bila guru dah cakap, kita kena segera buat. Alhamdulillah, saya akan upgrade blog saya ni juga. Terima kasih Pn. Anis! =D

http://liyanakmal.blogspot.com/