Wednesday, April 27, 2011

jom kita belajar shading dalam melukis!

Salam semua.. hari ini kita akan belajar pasal shading. macam mana nak shading dan apa teknik-teknik shading dalam lukisan, supaya lukisan kita nampak macam 3D look.. 

dulu-dulu dalam post saya, saya dah explain pasal basic drawing, di mana kita belajar pasal first step nak lukis something... kita pakai teknik penskalaan. ada kaedah grid atau kaedah 'cincai' (main redah, hehe). sebenarnya ada banyak cara kita nak pakai penskalaan ni.. kalau browse dalam internet, dalam youtube ke, banyak pelukis pakai cara dan kaedah yang berbeza-beza. kenapa kita pakai penskalaan ni sebelum start lukis? sebab, kita nak subject matter yang kita lukis tu dapat tackle shape dan posisinya. nanti dah lukis, taklah herot, senget, terpanjanglah, terpendeklah.. dah terlajak lukis karang dah nak siap, mesti bengang punya nak lukis semula sebab tak jadi... huhuhu.. sebab tu penting gak untuk pakai penskalaan ni... betul tak?

ok... dalam post kali ni, pasal shading pulak. apa tu shading dalam lukisan? shading tu ialah kesan bayang-bayang yang kita hasilkan daripada beberapa tona warna dari gelap ke cerah dan menghasilkan kesan depth 3D look. ada banyak kaedah kita boleh hasilkan shading ni. dalam drawing, yang saya tau la, smudge technique (teknik gosok) dan cross hatching technique (teknik silang pangkah). kalau ada lagi tu boleh la tambah dalam comment box untuk extra info k. cuba tengok lukisan kat bawah ni. boleh kenal pasti tak perbezaan kesan teknik shading ni? cuba tengok betul-betul. (kliklah untuk tatapan gambar yang lebih besar)


 ni adalah smudge technique (teknik gosok)


ni pulak adalah cross hatching technique (teknik silang pangkah)

ok. kalau diperhatikan kedua-dua teknik ni ada kekuatan masing-masing. cantik kan? nak lukis lebih baik daripada ni tak? boleh... kuncinya belajar.. ok? sambung balik.. masing-masing ada pendapat dari perspektif masing-masing tentang teknik-teknik ni. ada yang suka cross hatching, ada pulak yang suka smudge. tak kisah, mana-mana tu terpulang. ingat, ini cuma teknik.. nak pakai mana-mana pun takpe.. nak gabung kedua-dua pun boleh.. lagi best. hehehe.. (",) 

macam mana nak nak start shading? ok. sekarang keluarkan pensil anda. cari kertas, kita nak mula menconteng. mula-mula sekali, kita nak belajar cross hatching dulu.. cuba contengkan dari tona gelap ke tona cerah. macam kat bawah ni... contengan anda tu adalah dengan menyilang pangkah line yang anda hasilkan. menyilang dan memangkah. hehe..

 lagi banyak kesan silang pangkah yang anda hasilkan, lagi gelapkan tona tersebut. nak lagi gelap, tambah line lagi. nak cerah pulak, kurangkan line tersebut.

ok, teknik cross hatching ni akan hasilkan kesan-kesan line yang macam-macam 'spesis' garisan. ada yang nampak macam hard, smooth, dramatik, dark, beralun, dan macam-macam lagilah. itu bergantung kepada macam mana kita conteng dan jugak permukaan kertas. kadang-kadang, permukaan kertas akan hasilkan kesan yang berbeza-beza. tak caya cuba conteng kat atas kertas A4 yang kita selalu pakai nak print dokuen tu dan satu lagi conteng kat atas kertas lukisan yang permukaan dia agak kasar. haa...beza kan? selain itu, tengok mata pensil anda pakai sekarang ni. tajam ke tumpul? kadang-kadang itu pun boleh mempengaruhi kesan garisan dia. lagi tajam lagi halus garisan tu.. kalau tumpul, kesan line tu akan jadi lebih tebal. best tak? apa yang anda dah conteng kat kertas tu nanti study balik. selalulah menconteng kat kertas untuk hasilkan macam-macam jenis lines. lagi banyak anda explore, maka lagi banyaklah anda discover.. (",)

lepas tu, mulakanlah latihan untuk shading pakai teknik ni pada lukisan yang anda dah lukis. lukis lah apa-apa pun yang anda suka, dan try guna teknik shading ni.. 

seterusnya ialah teknik gosokan atau smudge technique. teknik ni terhasil melalui gosokan. berbeza dengan cross hatching tadi kita silang dan pangkah, tapi smudge ni kita gosok. nak gosok dengan apa? soalan yang baik.. macam-macam la.. hehe. cuba conteng kat kertas tadi, kemudian anda gosokkan dengan jari anda. macam mana kesan dia? ok, itu kaedah pertama. seterusnya, apa yang anda perlukan adalah tisu. contengkan pada kertas tadi dengan lorekan rawak. kemudian, gosok dengan tisu. cuba tarik-tarikkan lorekan tadi. kesan dia nampak lebih smooth dan halus kan? lebih halus sikit daripada gosokan jari tadi, betul? itulah effect dia. best tak?
 anda akan dapat kesan lebih kurang macam ni kan? nampak lebih smooth. lagi banyak gosok, shading akan jadi lebih pudar, betul kan? nak gelapkan tona supaya nampak lebih dramatik, tambah lagi, kemudian gosok lagi, sampailah anda dapat satu effect yang anda puas hati. ok, satu lagi persoalan. kalau terlajak gosok macam mana? janga risau, boleh padam. akan tetapi, ada jugak speisis pemadam yang anda boleh purchase kat kedai alat tulis. satu spesis ni di namakan 'art eraser'. 
 ni la rupa dia kalau anda cari kat kedai. macam-macam warna ada.

art eraser ni macam plastesin. eraser ni digunakan untuk memadam kesan shading dengan slow shade. kalau pemadam biasa tu kita pada dia akan terpadam dengan hard tone. caranya nak padam ialah, art eraser tadi kita kutilkan kemudian dab on to the surface. dalam bahasa mudahnya, kita oleskan, atau 'tepuk-tepuk' kat shade yang nak padam tadi. jadi, dia takla terpadam semua. pandai-pandailah control. 

yang bestnya, pemadam ni saya suka kutil-kutilkan dan tenyeh sampai tak lepas-lepas. hehe.

dua jenis pemadam ni sangat berguna dalam drawing kita untuk beri effect tersendiri. nak tahu? cubalah main dengan pemadam ada. conteng dan padam. nanti anda akan tahu. (",)

back to the shading topic....

shading ni amat mementingkan pencahayaan. kalau dalam gambar kita boleh nampak pencahayaan cerah dan gelap kan..? dalam lukisan, kita pakai shadow dan lighting yang diaplikasikan dalam shading. nak lukisan kita nampak real, kenalah pandai tackle lighting dan shadownya. yang mana patut cerah, area mana patut gelap.. tengok dari mana arah cahaya. cuba tengok kat bawah ni. study pasal tackle lighting and shadow.








ok, dah nampak kan? ni basic shape untuk anda kenal pasti kesan lighting dan shadow yang terhasil. dapat tak tackle lighting dan shadownya? kalau dapat, boleh buat homework ni. try lukis dan shade kan pakai teknik cross hatching  dan teknik smudge dengan shapes kat atas ni. kesan dari arah cahaya yang berbeza akan hasilkan kesan lighting dan shadow yang berbeza. sebab tu kalau kita nak shading dalam lukisan pun kena betul-betul tengok di mana arah cahaya. barulah nampak real dan gempak! ok, ni cuma basic shapes. cuba pulak kita kenal pasti kat bawah ni.lebih banyak shapes tengok kesannya. study! =D
 

gambar 1

 gambar 2
 gambar 3
 
gambar 4




study gambar-gambar ni. perhatikan lighting and shadow dan kesannya. nak lukis? boleh je....

ada sedikit tips melukis ni... kalau nak lukisan kita nampak lebih realistik, kurangkan outlines.... cubalah..! selamat melukis... salam seni dari saya... jumpa lagi dalam post akan datang.... . . .  (",) 
ada maklumat tambahan, boleh drop kat komen ni.